Full Movie Tonton Online Dan DownloadTonton Online Movie Drama Youtube
Any Problem? Please Contact Us
Welcome, Guest Login | Sign Out

Aishiteru Episod Akhir

Hantar Ke Twitter!
3 comments
Aishiteru bermula dengan Izrael, lakonan Afiq Muiz yang mempunyai tabiat suka berfoya-foya dan sering bertukar pasangan. Suatu hari ketika bersuka-ria di pub bersama rakan-rakan, Izrael ditahan oleh penguatkuasa kerana didapati memiliki pil ecstacy. Izrael bingung kerana dia sememangnya tidak pernah mengambil pil khayal itu dan hairan bagaimana pil itu boleh berada didalam poketnya. Akhirnya Izrael mendapat tahu ianya adalah kerja bekas teman wanitanya bernama Rania yang masih berdendam dengan Izrael kerana memutuskan hubungan cinta mereka.

Datuk Izrael iaitu Leftenan Kolonel (B) Ismail merupakan seorang yang tegas dan telah menjamin Izrael tetapi dengan bersyarat. Izrael perlu menjalani perintah berkurung di rumah dan juga akan dimasukkan ke Institut Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia. Ini membuatkan Izrael berasa rimas kerana dia sering keluar rumah untuk berhibur.

Sehingga suatu hari, dia telah menyelinap mengikut rakan-rakannya bercuti ke Pulau Pangkor. Di satu perkampungan nelayan, Azira, lakonan Erin Malik, meratap sedih kerana terpaksa melepaskan sahabat baiknya Ammar melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. Dalam diam, Azira menaruh hati terhadap Ammar tetapi segan untuk meluahkan hati. Ketika keluarga Ammar sibuk membuat kenduri kesyukuran, Azira telah menyelitkan surat cintanya ke dalam buku Ammar. Harapan Azira agar Ammar membaca surat tersebut dan membalas cintanya.

Izrael dan rakan-rakannya terserempak dengan Azira dan mereka mengusik Azira. Izrael yang sememangnya dikenali sebagai kaki perempuan dikalangan rakan-rakannya telah mengusik Azira yang mempunyai perwatakan yang cantik dan lembut. Sikap ‘jual mahal’ Azira membuatkan Izrael semakin tertarik untuk mendekatinya. Pelbagai cara dilakukan oleh Izrael sehingga penduduk kampung menyangka Azira telah menggatal dengan pemuda dari bandar. Gara-gara mulut Muna yang suka menjaga tepi kain orang terutamanya Azira menguatkan lagi sangkaan buruk penduduk kampung terhadap Azira. Azmi, abang Azira yang bersikap baran telah mengamuk dan telah menggertak untuk mengahwinkan Azira dengan Izrael. Azira menjadi semakin tertekan!

Suatu hari Izrael telah menaiki bot nelayan dan terjatuh ke laut. Izrael berpura-pura lemas dan diselamatkan oleh Pak Aziz, bapa Azira. Izrael terpaksa berbuat begitu semata-mata untuk mendekatkan diri dengan Azira. Pak Aziz simpati dengan Izrael dan membawanya pulang ke rumah. Azira tidak suka dengan kehadiran Izrael, begitu juga dengan Azmi. Izrael yang masih tidak berubah perangai tiba-tiba cuba memeluk dan mencium Azira ketika Azira ingin memberikan air kepada Izrael. Tanpa diduga, Azmi pulang pada waktu itu dan menyaksikan perbuatan tidak senonoh Izrael. Azmi begitu marah dan ingin memukul Azira, tetapi dihalang oleh Izrael yang tiba-tiba sahaja boleh bergerak. Ini membuatkan Azmi bertambah marah kerana Izrael sebenarnya berbohong dan tidak sakit.

Azmi mencabar Izrael untuk berkahwin dengan Azira dan ini membuatkan Izrael terjelepuk di lantai! Muna yang suka membawa mulut telah mendengar pekikan Azmi dan memberitahu seluruh kampung. Keluarga Azira berasa amat malu. Izrael pula terpaksa menelefon ibunya Puan Nora dan ini membuatkan ibunya terutamanya datuk Izrael menjadi terkejut.

Apakah keputusan Izrael? Mana mungkin Azira bersetuju berkahwin dengan Izrael kerana cintanya hanyalah pada Ammar! Adakah Leftenan Kolonel Ismail akan menghantar cucunya yang nakal itu ke Institut Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia?





Super Lawak FC Episod 14

Hantar Ke Twitter!
4 comments
Mengisahkan aksi komedi permainan bola sepak jalanan, diterajui oleh Johan. Ianya bermula setelah Johan dibuang daripada pasukan Daya Bumi, angkara hasad dengki Omara.





Atas Nama Cinta Episod 12

Hantar Ke Twitter!
0 comments
15 tahun dahulu, Saiful yang berusia 10 tahun dan ayahnya, Ahmad kembali ke kampung halaman yang hanya beberapa jam dari Kuala Lumpur. Ahmad sebenarnya melarikan diri daripada “Along” yang asyik mengejarnya dan dia tahu tiada tempat lain yang lebih selamat selain dari kampung halaman sendiri. Ahmad menggunakan wang tersebut bukan untuk membayar hutang tetapi sebaliknya berjudi dengan alasan mahu membuat wang lagi.
Saiful nekad mahu mencari ayahnya di kuala lumpur. Dia tidak sangka Cinta akan mengikutnya kerana cinta turut mencari ibunya. Tetapi semasa dalam perjalanan, Cinta yang sememangnya tidak sihat telah rebah secara tiba-tiba. Saiful panik dan tidak tahu apa yang hendak dibuat. Di dalam kekalutan, Sulaiman yang sedang memandu kereta telah terserempak dengan Saiful yang mendukung Cinta. ..bersambung..




Senario Misteri Bamboo Episod 12

Hantar Ke Twitter!
0 comments
Mengisahkan tentang Wak Dol (Azlee), Salih (Mazlan) dan Kassim (Wahid) yang cuba menyelesaikan kes pencurian yang sering berlaku di Kampung Buluh. Wak Dol ialah seorang bomoh yang sentiasa berfikiran kolot manakala Kassim pula seorang tauke warung yang sudah kematian isteri.Salih pula ialah seorang pemuda yang bekerja sebagai seorang kerani yang agak penakut dan mempunyai seorang kekasih bernama Mimi (Ayu Raudah).
Kampung Buluh yang sentiasa aman digemparkan dengan kes-kes pencurian yang kerap berlaku. Puas penduduk-penduduk kampung cuba menangkap pencuri-pencuri tersebut tetapi malangnya semua usaha mereka gagal. Wak Dol kemudiannya membaca jampi dan memberitahu penduduk kampung bahawa pencuri-pencuri tersebut bukan manusia tetapi toyol.





Di Langit Lazuardi

Hantar Ke Twitter!
0 comments

Telemovie ini bermula apabila kenderaan yang dinaiki keluarga Rauf ditimpa kemalangan. Rauf dan tiga orang anaknya, Amir, Amirah dan Aina hanya mengalami kecederaan ringan, namun isterinya, Nisa berkeadaan koma dan seorang anaknya, Amar meninggal dunia di tempat kejadian. Rauf dan anak-anaknya terpaksa berhadapan dengan saat-saat genting kerana pihak hospital mencadangkan agar sistem sokongan pernafasan Nisa dihentikan. Sekalipun Nisa sedar dari koma, dia tetap akan mengalami kecacatan kekal dan mungkin juga tidak mampu untuk mengenali Rauf atau ahli keluarga yang lain. Walaupun begitu, Rauf masih tidak bersedia untuk melepaskan isterinnya pergi.

Sehari sebelum tragedi ini berlaku, Rauf telah meluluhkan hati Nisa apabila dia menyuarakan hasratnya untuk bernikah dengan Suraya, seorang gadis yang dijumpainya ketika masih bergelar suami kepada Nisa. Walaupun Nisa isteri yang cukup sempurna kepada Rauf tetapi sayangnya selepas bertahun-tahun hidup bersama orang yang sama dia berasa bosan dan mahu mencari sedikit keseronokan di dalam kehidupannya dan Suraya mampu memberikan keseronokan tersebut.

Semenjak Nisa berada di dalam wad, Rauf banyak bermunajat kepada yang Esa. Rauf mendoakan agar isterinya pulih seperti sedia kala sementara Suraya pula beristikharah akan keputusan yang paling baik untuk dipilihnya.

Apakah pilihan Rauf pada akhirnya? Adakah dia akan bersama dengan Suraya yang memang pada mulanya pilihan Rauf sebelum kemalangan tragis itu? Atau adakah kemalangan itu telah menyedarkan Rauf bahawa hanya Nisa adalah cinta hatinya yang sebenar?

Pelangi Kasih Episod 17

Hantar Ke Twitter!
0 comments
Mengisahkan persahabatan erat antara Sofea (Nabila Huda), Azlin (Puteri Sarah) dan Zafrul (Beto Kushairy), Sofea berkawan rapat dengan Azlin sejak zaman persekolahan walaupun berasal dari latar belakang keluarga yang berbeza. Azlin bakal mewarisi perniagaan daripada datuknya, Haji Mahmod, Pengerusi Green Global Sdn Bhd manakala bapa Sofea ialah seorang guru agama di surau dan bercucuk tanam untuk menampung keluarganya.
Zafrul (Beto Kushairy) yang tinggal berhampiran dengan mereka berumur 2 tahun lebih tua daripada Azlin dan Sofea banyak membantu mereka dalam pelajaran. Malah, Zafrul yang cemerlang dalam pendidikan menjadi teladan kepada Azlin dan Sofea untuk berjaya.
Setelah tamat pengajian di universiti, Sofea dan Azlin menyertai syarikat Green Global Sdn. Bhd. Di bawah pengurusan dua wanita muda in,i GREEN GLOBAL SDN.BHD meningkat dengan pantas. Azlin memang cekap dalam pentadbiran dan perhubungan dengan pelanggan. Sementara Sofea begitu bijak membawa pelabur luar masuk ke dalam negara dan melabur dalam bidang hartanah.
Hubungan erat Azlin, Sofea dan Zafrul berjalan lancar sehingga Zafrul membuat keputusan untuk mengahwini Azlin. Sofea terluka kerana cintanya kepada Zafrul dipermainkan.
Untuk mengukuhkan kedudukan Zafrul dalam syarikat, Azlin telah memberikan jawatan yang sepatutnya menjadi milik Sofea kepada Zafrul. Sofea berasa kecewa dengan Azlin kerana menganggap Azlin cuba menyingkirkannya secara halus.
Pengenalan Sofea dengan Omar (Johan Ariff Asa’ri) yang merupakan pesaing kepada Green Global Sdn Bhd menimbulkan rasa tidak senang hati oleh Zafrul. Akhirnya, Sofea dikhianati dan dipecat atas tuduhan pecah amanah oleh Azlin yang cemburu dengan prihatin Zafrul atas Sofea.
Selepas Sofea berkahwin dengan Omar, syarikat Lembayung Delta Sdn Bhd milik Omar telah mengalahkan Green Global Sdn Bhd untuk mendapatkan tender tanah. Bagi menjaga kepentingan syarikat pada masa depan, Zafrul berikhtiar untuk ‘menghapuskan’ Sofea dan Omar dari dunia korporat.
Sofea terluka dengan pengkhianatan 2 sahabat baiknya dan menghilangkan diri di kampung halaman Omar.. Apakah Sofea akan bertemu semula dengan Zafrul dan Azlin? Saksikan kesudahan Pelangi Kasih di slot Samarinda mulai 19 Januari 2012, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam.





Mamarazi

Hantar Ke Twitter!
0 comments

Percutian di sebuah kawasan rekreasi menjadi mimpi ngeri kepada Odah, Ipah dan Eton apabila mereka tertangkap gambar Mat Tahir yang sedang bercengkerama dengan kekasihnya.

Bicara Hati Episod 09

Hantar Ke Twitter!
9 comments
bicara hati astro tonton
Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya.
Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?






Google : Bicara Hati Astro Tonton Online, Bicara Hati Astro Download Link, Bicara Hati Astro Mediafire

BFF Teman Tapi Mesra Episod 06

Hantar Ke Twitter!
3 comments
Iskandar (Munif Isa) dan Shahidah (Sari Yanti) berkawan baik sejak zaman kanak-kanak. Mereka saling memahami dan sering berkongsi masalah. Selepas SPM, Iskandar diterima sebagai pelatih juruterbang manakala Shahidah terpaksa menurut kehendak ayahnya untuk belajar di universiti tempatan. Jauh di lubuk hati, Shahidah masih menyimpan cita-citanya untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya di ibu kota.
Iskandar yang sudah menjadi seorang juruterbang bersimpati melihat kawan baiknya hidup dalam kongkongan ibu bapa. Lantas, dia terfikir untuk melamar Shahidah. Demi kebebasan dan minat terhadap kerjaya yang diimpikan, Shahidah menerima lamaran Iskandar walaupun cinta tidak pernah hadir dalam hubungan mereka.





 

Copyright 2011-2012 All Rights Reserved Full Movie Tonton Online Dan Download Powered By Blogger

top